Tuesday, May 3, 2011
Peperiksaan PKBS 2
Peperiksaan PKBS 2 akan bermula minggu depan. Minggu ini pelajar disogokkan dengan pesta permainan dan semoga aktiviti ini akan menyihatkan badan dan mencerdaskan minda pelajar dan jangan dilihat dari sudut negatif. Kepada pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta diharap membuat persiapan yang rapi dan anak-anak pelajar mempunyai masa yang mencukupi kerana tarikh peperiksaan subjek ini minggu akhir. Pelajar tingktan 5 Rc diharap akan mendapat pencapaian yang baik bukan setakat cukup makan atau c atau gred B tetapi scorenya mesti gred A. Saya doakan semoga berjaya.
Saturday, April 30, 2011
SALAM KEMAAFAN
Tahun 2011 telah dijanjikan tahun yang paling sibok. Bermula dengan kursus peralatan yang dibekalkan kepada 48 buah sekolah yang menawarkan reka cipta selama sebulan di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu dan diikuti selang seminggu ke Kuala Lumpur untuk membina format baru peperiksaan kertas satu 3763/1. Oleh kerana sukatan reka cipta sudah 10 tahun tidak disemak semula,maka beberapa rakan guru terlibat sama dalam merancang KSSM reka cipta yang akan digunakan pakai pada tahun 2013 atau 2017 nanti. Natijahnya,anak pelajar agak ketinggalan dan ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk menggantikan masa bersama pelajar.Insya kepada kepada pelajar saya berjanji akan terus membimbing anda ,hanya berdoa kepada Allah semoga Dia menganugerahkan kesihatan yang berkekalan kepada saya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
